Wednesday 15 June 2011

Cara Opah Menguruskan Keluarga

Opah tidak mahu anak anak opah dimanjakan, dengan itu setiap anak anaknya diberi tugas yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, setiap hari tak kira panas atau hujan. Tugas tugas ini bagi melancarkan kerja kerja Opah yang sangat banyak dirumah untuk memastikan anak nya yang ramai itu terjaga dan terurus dengan baik.

Tugas membelah kayu api dari batang pokok getah yang telah siap dipotong untuk dijadikan kayu api , bagi tujuan memasak didapur kayu, diberikan kepada Pakde Noran. Batang pokok getah tua itu selalunya dibeli dari Benggali kereta lembu dan Benggali itu menghantar batang batang kayu yang siap dipotong satu kereta lembu penuh dan diturunkan di tepi rumah. Tugas Pakde Noranlah membelah batang kayu tersebut dengan kapak. Kadang kadang bila perlu adek adek yang lainpun ada menolong.

Tugas mengangkat air yang ditapis dengan berseh dari telaga yang ada disebelah rumah untuk di isi kedalam tempayan didapur, di atas rumah, diberikan kepada Pakteh Rani. Untuk memenuhi semua 5 tempayan yang besar besar itu, Pakteh terpaksa berulang alek dari atas dapur ke telaga dan kedapur semula beberapa kali. Pakteh terpaksa mencedok air dalam perigi dengan mengguna timba yang diikat dengan tali dan airnya dituangkan kedalam tempayan penapis yang berisi batu kecil dan pasir dan air yang bersih itu ditadah dibawahnya dengan baldi lain untuk diangkat kedapur.

 Pakcik Nazri diberi tugas agak rengan iaitu menutup semua tingkap dan pintu sebelum senja iaitu sebelum nyamuk terbang masuk kerumah dari tingkap sekira ianya maseh terbuka. Rumah Opah yang diperbuat dari papan itu memang mempunyai banyak tingkap. Jadi membuka dan menutupnya setiap hari merupakan satu tugas yang penting juga. Disamping membuka dan menutup tingkap, Pakcik juga ditugaskan  menyapu sampah dibawah rumah dan dihalaman rumah. Memang halaman rumah Opah hanya tanah dan pasir dan tiada berumput.  Pokok kayu yang banyak disekeliling rumah, membuat halaman rumah Opah cepat dipenuhi sampah dan nampak tak berseh disebabkan daun daun kayu kering yang terjatuh dari pokok pokok tersebut satelah ditiup angin. Dengan itu kerja menyapu perlu dilakukan setiap hari.

Semua tugas ini hanya boleh dimulakan selepas jam 6.00 petang, iaitu selepas masa yang diperuntukkan untuk belajar atau menyiapkan segala kerja rumah yang diberi oleh guru masing masing..Sebelum jam 6.00 petang tak seorangpun dibenarkan turun dari rumah walaupun kawan kawan dah berada dibawah rumah dan memanggil manggil mengajak bermain bersama. Permainan yang paling popular masa itu adalah, main bola yang diperbuat dari getah sekerap yang dililit dengan tali getah yang diambil dari pokok getah yang telah ditoreh. Tiang rumah dan selipar menjadi tiang gol. Bermainlah dengan apa cara sekalipun samaada berkaki ayam, berselipar atau berkasut, hanya memakai kain pelekat atau berseluar , bertolak tolak, bertarik tarik, riuh rendah menjerit jerit, tak kesah sebab tak ada peraturan dan pengadil yang khusus, asal boleh enjoy dan berseronok OK lah.

 Tugas diatas adalah tambahan daripada tugas dan tanggung jawab secara bersama untuk memelihara dan menjaga kambing, ayam dan itek. Kadang kadang itek yang dipelihara sehingga lebih 200 ekor. Perlu dipelihara dengan baik supaya tidak mati atau diserang binatang buas. Anak anak itek yang berumur beberapa hari, dibagi makan dengan sekam padi, hampas kelapa, isi batang rembia yang dicincang halus, batang dan daun paku rawan yang dikerat halus, dan digaul semuanya dalam besin, dan diletakkan kedalam kandang itek setiap  hari. Memang itek itek itu kuat makan dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan makanan dengan banyak, hingga itek itek itu menjadi itek yang besar, gemuk dan berat supaya mendapat untung  lebih bila dijual. Lagi besar itek itek itu lagi banyak ia makan dan selalu dijual bila itek itek itu meningkat dewasa iaitu peringkat itek dara.

 Bila musim menuai padi dah siap itek itek ini selalu dilepaskan kedalam bendang supaya mereka kutip dan makan buah buah padi yang terjatuh dan tertinggal didalam bendang. Tapi ada sedikit masaalah apabila nak memasukkan itek itek ini kedalam reban bila hari dah petang. Kadang kadang semasa didalam bendang itek itek ini senang diserang binatang buas saperti anjing liar dan musang. Menjadi tugas kamilah untuk memastikan itek itek ini terselamat dan dibawa balik dan dimasukkan kedalam reban bila hari dah petang.

Wednesday 8 June 2011

Hari-hari Mulanya Pakcik Nazri Bersekolah

Macamana, entah, opah dah buat keputusan supaya pakcik Nazri mula bersekolah pada umur enam tahun, iaitu termuda satu tahun daripada umur sebenar untuk menghantar anak anak ke sekolah. Jadi opah telah mintak kepada anak jiran yang menyewa rumah Tokki  supaya membawa pakcik bersama mereka berjalan kesekolah dan menengak-nengak pakcik disekolah dan tolong tunjukkan kalau pakcik tak tau nak buat apa disekolah nanti. Anak jiran tu dua orang budak perempuan kembar dan mereka akan masuk ke darjah tiga disekolah yang sama iaitu Sekolah Melayu Talang.

Untuk kesekolah opah telah siapkan untuk pakcik selain uniform sekolah, baju puteh, seluar pendek biru dan kasut raba (rubber) puteh, papan batu dengan pensel batu serta kain buruk sebagai pemadam, tikar yang dibuat dari mengkuang bersaiz kecil, sebesar tikar sembahyang, untuk lapik duduk diatas lantai simen nanti, dan penyapu lidi untuk sapu pasir atas lantai sebelum membentang tikar untuk tempat duduk. Murid darjah satu diSekolah Melayu Talang diletakkan dibangunan yang terbuka, tak berdinding hanya ada atap dan lantai dari simen dan tak dibekalkan kerusi atau meja. Duduklah murid-murid secara bersila dan untuk menulis murid murid terpaksa meletakan papan batu diatas lantai dan menulislah secara membongkok.

Untuk makan semasa waktu rehat sekolah, opah tak membekalkan duit saperti anak orang lain, opah bekalkan dalam daun pisang dan dibungkus dengan kertas, nasi puteh berlauk telor goreng dan sedikit sambal belacan. Air tidak perlu sebab pakcik boleh cedok air dari perigi yang ada didalam kawasan sekolah dengan menggunakan timba yang diikat dengan tali panjang, yang disediakan oleh pehak sekolah. Pada masa tu air paip belum lagi disediakan keSekolah Melayu Talang.

Bila sampai masa rehat, pakcik pun pergilah kebelakang sekolah bersama sama murid murid lain yang membawa bekalan nasi masing masing. Pakcikpun tengak lah bekalan nasi budak budak tersebut, alangkah  bestnya bekalan mereka, ada ikan goreng, ada udang, ada sayur, ada telor, ada kuah dan ada air oren juga. Tak jadilah pakcik makan dekat dengan mereka, takut nanti dilihatnya pakcik makan nasi puteh kosong dengan telor goreng dan sambal sahaja, malu nanti.Jadi pakcik pergilah bersaorangan jauh dari mereka kebawah pokok gajus ditepi bendang orang kampong yang berhampiran dengan sekolah. Lepas habis nasi yang dibekalkan oleh opah tu pakcik makan, pelan pelanlah berjalan menuju keperigi dan cedok air perigi dengan timba bertali panjang dan minumlah sebanyak mana yang lalu sebab ianya  tak perlu bayar.  

Begitulah hari hari, pakcik akan makan sendirian dibawah pohon gajus ditepi bendang, jauh dari pandangan murid murid sekolah dan minum air dari perigi sekolah. Kadang kadang bila pakyang Ramli balik bercuti dia akan bagi duit untuk belanja sekolah. Duit ini pakcik pakai secara jimat cermat, iaitu apabila hari terlalu panas dan akan cepat leteh dan dahaga untuk berjalan balik yang jauhnya lebih kurang satu batu, pakcik akan beli ais kepal dari kanteen sekolah masa nak balik bila habis kelas. Ais kepal yang disiram dengan air gula berbagai warna, merah, hijau dan kuning  akan pakcik hisab sikit demi sikit supaya ia bertahan dan tak habis sepanjang perjalanan pulang kerumah. Bila air gulanya dah habis dihisab jadilah ais kepal yang sudah bersaiz kecil itu berwarna puteh dan tidak manis lagi, tetapi ia maseh sejuk dan menyegarkan semasa berjalan dibawah panas terek tengah hari buta itu.

Tuesday 7 June 2011

Cara Opah Mendisiplin Anak - sambungan

Tak berapa lama dari peristiwa mengambil buah rambutan ( itu yang kami yang maseh budak-budak fikir semasa melakukannya tempoh hari,  kami ingat boleh ambil sahaja sebab didepan rumah dan dekat sangat , boleh dicapai tangan, tapi rupanya ia adalah perbuatan mencuri sebab tak mendapat kebenaran dari tuannya), paklop Mat secara berbisek memberi tahu pakcik (abah)" E..ada benda best Mat jumpa dan sorok dibawah tangga beranda, mari ambil parang dan kita kupas dan makan."

Pakloppun ambil parang dan pakcik terus ikut dia. Sampai dibawah tangga pakcik nampak sebiji buah durian yang bulat besar berbau sedap, sedang masak. Pakcik terkejut dan tanya paklop " dimana kamu jumpa buah durian ini ?"

Paklop jawab dia jumpa diatas jalan masuk didepan rumah, ditepi longkang. Pakcik pun berkata padanya " itu buah durian Tokki,". Pokoknya sangat tinggi tumbuh ditepi longkang, ditepi  pagar kebun Tokki, berhampiran jalan masuk depan rumah opah. Buahnya tak banyak, hanya dahan yang menghala kejalan masuk kerumah opah sahaja yang berbuah, jadi bila jatuh mestilah keatas jalan masuk kerumah opah.

Paklop Mat bertanya pakcik " bolehke kita makan ?"

Pakcik jawap " E tak sanggup nak kena marah lagi sekali oleh opah macam hari tu, E tak mahu ! "

" Apa kita nak buat ?" tanya paklop.

"Kita hantar je kerumah Tokki, diam-diam jangan siapa yang nampak" pakcik jawab.

Pakloppun faham, itu buah curi namanya, ia haram dimakan. Hasrat hati nak menekmati kelazatan buah durian itu terpaksalah dipadamkan. Walaupun rasa sedeh, kami terpaksa menghomati perasaan opah yang tidak mahu anak anaknya memakan benda benda haram. Kami selalu dengar opah berkata " kalau makan benda benda haram nanti tak pandai belajar disekolah dan tak lulus pereksa." Kami semua nak jadi pandai dan nak lulus pereksa, jadi tak apalah tak jadi makan buah durian tadi.

  Kami pun setuju nak hantar kerumah Tokki secara senyap senyap, supaya tak siapa yang tahu. Kami bungkus buah durian tu kedalam kain buruk dan dengan relax berjalan kerumah Tokki, macam tak ada apa apapun berlaku. Sampai depan tangga beranda rumah Tokki kami buka kain buruk tadi dan jatuhkan buah durian tu betul betul di depan tangga beranda rumah pokki.  Kamipun berjalan pulang dengan bangganya kerana telah dapat mempertahankan diri daripada berbuat jahat dengan memakan buah durian orang tanpa kebenaran dan berbuat bakti  pula kepada Tokki dengan menghantar buah tersebut kerumahnya.   

Sunday 5 June 2011

Cara Opah Mendisiplin Anak

Opah sangat tegas terhadap anak-anaknya pasal disiplin.

Pernah satu hari, pakci Nazri bersama pakteh Rani mencapai beberapa biji buah rambutan yang masak ranum dari dahan yang terjulur keluar dari dalam pagar kebun Tengku Temenggong didepan rumah kami. Kami dah pasti opah tak nampak kami ambil dan secara senyap senyap dan berselindung dibalik dinding telaga kami berdua memakan buah tersebut. Lepas makan kamipun relax keluar macam tak ada apa-apa.

Tiba-tiba bila kami terseempak dengan opah, opah terus menengking " siapa ambil buah rambutan itu ? " sambil menunjuk kearah dahan dimana buah rambutan telahpun lesap.

Kami terkujut dan hairan macamana opah boleh tahu, pada hal dia tak nampakpun kami mengambilnya !. Oleh kerana takut kamipun mengaku. Apalagi opah jadi tersangat marah dan menyuruh kami tonggeng kepala kebawah dan bontot keatas dan cuba memuntahkan buah rambutan yang kami makan tadi. Macamana nak keluar kami dah telan dan dah masuk dalam perut. Opah tak peduli dipaksanya kami muntahkan nya juga benda yang kami makan itu sebab ianya benda haram sebab benda curi.

Disebat sebatnya belakang kami dengan kain buruk bagi memaksa buah yang telah dimakan tadi keluar. Akirnya kami muntah juga tapi tak banyak yang keluar, maseh ada lagi sisanya dalam perut. Kami dah tak terdaya lagi nak muntahkan kesemuanya. Dah rasa nak pengsan dibuatnya.

Opahpun dah penat menyebat kami dan dengan perasaan kecewa bercampur sedih opah berkata " penat aku membesarkan kamu dengan razeki yang halal, tapi dibelakang aku, kamu makan benda-benda haram...macamana nak pandai ?, macamana nak lulus pereksa ?"

Melihat opah sedeh dan murung, kamipun berasa sangat menyesal dan insaf , dan berjanji dengan diri sendiri tak akan sekali kali mengulangi perangai buruk itu, iaitu memakan barang haram.

Bila kami tanya pakde Noran macamana opah boleh tahu, pakde kata opah dah kira buah buah tersebut. Bila dia tengak bilangannya dah kurang, dia agak kamulah yang curi, sebab itu dia tanya kamu. Memang sahlah kami yang curi sebab itu kami mengaku.

Bagi memastikan buah rambutan itu tak hilang dan kami tak ditanya lagi oleh opah, kami sendiri kira berapa buah yang tinggal dan jaga supaya tak dicuri oleh orang yang lalu lalang didepan rumah kami. Terutama murid sekolah yang berulang alek kesekolah Cina berhampiran. Kami sediakan lastek, dan tunggu bila budak budak tu lalu dan bila mereka mula memandang keatas nak tengak buah rambutan tu, kami terus lastek punggungnya dengan batu kecil. Sorang dua dah kena lastek, yang  lain tak berani lagi nak lalu ikut depan rumah kami lagi. Dengan itu buah buah rambutan itu terselamat dan terbiar diatas pokok menjadi kering dan hitam diatas pokok. Ta ada siapa yang akan peduli lagi.

Begitulah yang berlaku pada tiap tiap musim buah. Tuan kebunpun tak peduli nak ambil buah yang sudah masak merah meranum itu. Malangnya tuan kebun itu tak benarkan kami budak budak kampong mengambil dan memakannya.

Saturday 4 June 2011

Untuk anak cucu cicit piut - Wawasan Opah

Opah mempunyai wawasan untuk anak-anaknya menjadi guru. Wawasan ini timbul oleh sebab opah memang dah layak memjadi cekgu tetapi tidak dibenarkan oleh bapa opah sebab opah nak dikahwinkan dengan atok Abas. Atok Abas tak suka opah bekerja sebab dia takut tinggal kat rumah dan terpaksa mejaga anak anak yang akan lahir nanti. Atok Abas kata " aku tak dak jadi burung puyuh...yang jantan jaga anak yang betina keluar cari makan " Kamipun tak tahu, ye ke perangai burung puyuh macam tu...

Oleh sebab tu opah hantar anak anak nya bersekolah orang puteh, walaupun bapa opah tak berapa setuju masa tu.Bapa opah tak setuju kerana dia takut dengan masuk sekolah orang puteh tu, cucunya nanti jadi orang Christian. Tapi dapat membetulkan anggapan bapanya yang sekolah tu tidak ajar anak muridnya jadi Christian. Lagi satu bapa opah tak setuju kerana sekolah orang puteh kena bayar "school fees', sekolah Melayu percuma. Tapi opah mahu anak anaknya belajar lebih tinggi dan berjaya menjadi cekgu. Kalau setakat belajar disekolah melayu saje tak sampai kemana, akhirnya balik kampong menoreh getah.

Bagi memastikan opah mempunyai cukup dana untuk menyekolahkan anak anaknya yang 6 orang lelaki dan 2 orang perempuan, opah menetapkan anak lelaki yang pertama iaitu pakyang Ramli mencari kerja dengan cepat supaya duit gajinya opah boleh guna untuk perbelanjaan persekolahan adek adeknya. Dengan itu pakyang Ramli telah memohon kerja sebagai "ofice boy" di Sekolah Clifford tempat dia belajar dulu.

Maka bekerjalah pakyang Ramli sebagai peun dengan gaji RM45.00 sebulan dan dengan duit itulah opah gunakan untuk keperluan sekolah anak anaknya yang lain. Opah juga berjanji pada pakyang Ramli sekira adeknya paktak Zubairi dah bekerja segala tanggung jawab membawa balik wang tunai untuk keperluan persekolahan akan dipikul olah paktak Zubairi pula. Pakyang Ramli bolehlah simpan semua duit gajinya untuk kegunaannya sediri pula. Begitulah seterusnya, bila adek paktak ia itu pakde Noran pula mula bekerja, barulah paktak Zubairi berhenti memberi duit gajinya kepada opah dan tanggung jawab itu dipikul oleh pakde Noran, dan begitulah seterusnya sampai kepada pakteh Rani, pakcik Nazri dan last sekali paklop Mat.

Persekolahan paktak Zubairi taklah selancar sangat. Paktak gagal pepereksaan darjah 6 untuk menyambung persekolahan ke form 1,diSekolah Clifford, sekolah kerajaan.  Jadi terpaksalah opah menghantar paktak kesekolah sewasta yang berbayar ia itu Public School Kuala Kangsar. Dari Public School Kuala Kangsar, paktak berpinda kesekolah sewasta di Nibung Tebal. Sekolah tetap sekolah, sehingga wawasan opah berjaya iaitu nak anaknya menjadi cekgu. Satelah lulus Lower Cirtificate of Education (LCE) paktak pun memohon untuk mengikuti latehan perguruan di Day Training Center, (DTC) dan diterima masuk dan akhirnya jadilah cekgu. Opah  sangatlah sukahatinya kerana wawasan nya supaya anaknya menyambung cita citanya untuk menjadi guru tercapai jua dengan izin Allah. Walaubagaimanapun cita cita dan wawasan opah bukan berhenti di takat itu sahaje, dia mahu anak anak yang lain pun menjadi cekgu juga.

Thursday 2 June 2011

Opah - Ahli Ekonomi Kampong

Hidup di kampong memang tak susah nak makan kerana ada padi, ikan dalam bendang, sayur pucok ubi, kangkong, paku dan lain-lain ada. Yang susah adalah nak cari duit tunai untuk membeli buku, kasut dan uniform sekolah serta yuran sekolah.

Untuk itu opah telah kerah anak-anaknya pelihara kambing, ayam dan itek. Semua anak anak kambing yang cukup besar akan dijual pada hujung tahun dan duitnya akan digunakan hanya untuk persediaan persekolahan tahun berikutnya sahaja. Beberapa ibu kambing bersama saekor bapa kambing yang sehat disimpan untuk terus pengeluaran anak-anak kambing pada tahun tahun berikutnya.

Penjagaan anak-anak kambing ini bukannya mudah sebab opah tak mahu kambing ini merayap kekebun orang dan makan tanaman yang ditanam oleh orang kaampong. Dengan itu semua kambing ini perlu diikat kebatang pokok atau tiang yang dicacak ketanah yang lapang dan berumput dengan tali yang panjang supaya ia hanya makan disekeliling pokok atau tiang tadi tampa dapat melepaskan diri untuk merayau ketempat lain.Bagi memastikan kambing ini dapat makan secukupnya ianya perlu diubah ke tempat lain yang berumput beberapa kali dalam sehari.

Malangnya kadang-kadang ada budak budak nakal pergi membuka tali dari batang pokok atau tiang tersebut dan kambing itupun merayaulah ikut suka hatinya. Oleh kerana tali itu panjang senanglah ianya tersangkut didalam semak atau pada pagar kebun orang kampong. Jadi tak dapatlah ia berjalan balik kekandangnya dibelakang rumah. Biasanya kalau kambing ini tidak tersangkut dimana-mana ia akan balik dengan sendirinya bila hari hampir nak gelap. Sekira ada yang tidak balik kami terpaksa cari sampai dapat, kalau tak dapat juga kami kena tidur di kandang kambing. Opah pastikan kambing ini mesti dicari juga tak kira macamanapun.

Bagi memastikan kambing kambing ini dijaga dengan betul opah telah membahagikan kambing kambing ini dibawah tanggungjawab tiap tiap empat orang anaknya ia itu pakteh Rani, pakcik Nazri, maksu Nor dan paklop Mat. Kambing yang dibawah tanggung jawab masing masing itu perlu dijaga dengan sebaiknya supaya cepat gemok dan tidak hilang atau mati dan boleh dijual pada hujong tahun. Kalau tidak tak adalah buku baru,baju baru dan kasut baru untuk memulakan persekolahan ditahun baru.

Banyak pengalaman yang telah diperolehi semasa mecari kambing yang tidak balik kerana tersangkut didalam semak. Dalam malam yang gelap kadang kadang hujan renyai-renyai dengan menggunalan lampu pelita minyak tanah yang dihadang dengan upeh dari tiupan angin supaya tidak padam kami bertiga merentasi bendang, semak, hutan, rumah kosong, tak kira ada binatang liar saperti ular atau harimau kami terus berjalan mencarai kambing yang hilang itu sampai berjumpa. Selagi tak jumpa tak boleh balik, itu tekad kami tiga beradek (pakteh, pakcik da paklop) Perasaan takut...memang ada, tapi tak boleh dilayan. Kalau balik tanpa berjumpa kambing yang hilang itu takut opah pula yang naik angin dan nanti kena marah. Nasib baik dikawasan kampong itu tak ada tanah perkuburan, kalau tidak tak tahulah macamana...!