Tuesday, 26 July 2011

Opah Yang Kreatif Dan Bersemangat Waja

Opah memang menghadapi masaalah untuk menyediakan peruntukan kewangan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak nya. Tambahan pula Pakdak Zubairi, Pakteh Rani dan Maksu Nor terpaksa meneruskan pengajian nya ke sekolah swasta. Walaupun Atok Abas tak ade kerja tetap dan tak dapat mengadakan segala duit untuk yuran sekolah swasta tersebut dan lain lain keperluan, kerana Atok Abas hanya bekerja menanam padi dan kadang kadang mengambil upah menoreh getah orang, Opah maseh tetap mahu menyekolahkan semua anak-anak nya hingga keperingkat yang lebih tinggi dengan apa cara sekalipun.

Opah percaya sungguh sungguh, hanya dengan kelayakkan akademik, anak anak nya akan lebih terjamin masa depan mereka. Hanya dengan ada kelayakkan akademik anak anak nya boleh menjadi guru, iaitu profesyen yang pernah menjadi cita-cita dan idaman Opah buat sekian lama nya, tetapi terpaksa dipendamkan walaupun sudah layak untuk dipangil cekgu bersama sama dengan Pan Sa (isteri Toki Gam), oleh sebab mendapat tentangan dari ayahanda Opah sebab Opah akan ditunangkan dengan Atok Abas. Dan Atok Abas tak setuju Opah menjadi Guru dan pergi bekerja diluar dan tinggalkan Atok kat rumah jaga anak anak. Opah dengan Atok Abas bukan orang lain, sedara mara juga (boleh chek dalam Family Tree Imam Kolah). Kalau nak tau Atok Abas lah yang mengajar Opah mengaji Quran masa Opah kecil kecil dulu hingga pandai. 

Pada siang hari Opah bekerja teruk tak berhenti-henti menanam padi dibendang dibelakang rumah dan bendang di Jalan Baru yang jauh nya 2 km dari rumah, terpaksa jalan kaki dan meranduk air Sungai Kangsar sebab jambatan nya jauh sangat, membela itek dengan banyak, membela kambing juga dengan banyak dan membela ayam dengan banyak juga. Pada malam nya Opah tak boleh buat kerja kerja diatas sebab dah gelap, jadi Opah cari jalan macamana nak cari duit pada malam hari pulak.

 Opah dapat satu idea bila kawan Opah yang datang dari Manong, mintak Opah tolong jaitkan baju raya nya. Opah mana pernah pergi belajar menjahit walaupun Opah pada masa tu ada mesen jahit tangan. Jadi Opah mintak baju yang lama kawan nya untuk dijadikan contoh.Dengan membelek belek baju contoh itu Opah berjaya meniru dan siapkan menjahit baju untuk kawan Opah tersebut. Yang pelik nya Opah tak guna pensel dan ruler langsung, hanya guna tangan dan jari nya untuk mengukur. Bila kawan nya datang untuk mengambil baju yang dijahit itu  dan dicuba, baju itu memang fit betul, exactly macam baju yang dijadikan contoh tadi. Opah tak ambil upah yang banyak, hanya RM 2.50 sahaja untuk satu pasang baju kurung. Apalagi tersebarlah berita mengatakan Opah pandai menjahit dan hanya ambil upah yang murah pula.

Bermula dari tarikh tersebut mulalah Opah bekerja malam pula untuk mengumpul duit untuk persekolahan anak anak nya. Opah akam mula menjahit dari petang hingga larut malam kadang kadang sampai kepagi kalau baju terlampau banyak untuk dijahit, Opah berhenti hanya untuk bersembahyang sahaja. Untuk mempercepatkan kerja Opah telah menukarkan mesen jahit guna tangan kepada mesen jahit guna kaki kerana ia lebih laju dan  kedua dua tangan boleh digunakan untuk memegang jahitan  dan kaki digunakan untuk menjalankan mesen nya.

Kalau hari tu tak kebendang Opah akan mula menjahit selepas Subuh lagi, tak langsung masa terbuang dengan sia sia. Sampai mengajar kami anak anaknya Pakteh Rani, Pakcik Nazri, Maksu Nor dan Paklop Mat mengajipun Opah lakukan sambil menjahit baju. Kami mengaji sorang sorang kuat kuat kalau salah Opah boleh tahu walaupun Opah sedang menjahi dan tak tengak Quran dan Jakme yang kami baca. Bergoyang kakilah terus menerus Opah tak kira siang atau malam, kadang kadang kalau kami terjaga pada jauh malam, kami dapati Opah maseh lagi bergoyang kaki menjahit baju, tak tahu bila akan berhenti nya.

Melihat semangat dan usaha yang amat gigih yang ada pada Opah nak cari duit untuk menyekolahkan anak anak nya walaupun disekolah swasta yang berbayar, kami anak anak akan berasa sangat sangat bersalah kalau gagal untuk mencapai harapan dan impian Opah nak tengak anak anak nya menjadi guru. Alhamdulillah dengan semangat dan usaha yang tak kenal kecewa serta dengan izin Nya, Pakdak, Pakde dan Pakteh menjadi guru yang bertauliah akhirnya. Pakcik dan Paklop macamanapun mencapai kelayakkan akademik yang lebih tinggi telah memileh profesyen yang lain.

Opah telah berjaya dan bersyukur banyak banyak kerana Allah SWT telah mengmakbulkan doa dan usaha nya untuk mengeluarkan  anak anak nya dari cengkaman kemiskinan yang selalu mempenjarakan orang orang kampong yang miskin saperti Opah Esah dan Atok Abas. Kami anak anak nyapun bersyukur banyak banyak juga dan berdoa semoga pencapaian yang akan diperolehi oleh cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut Opah dan seterusnya adalah ditahap yang lebih tinggi lagi didunia dan akhirat.