Saturday 15 September 2012

OPAH BEKERJA TAK HENTI HENTI DARI SIANG HINGGA LARUT MALAM

Bismillahirahmanirrahim...assalamualaikum.
Lama betul Pakcik tak sambung cerita mengenai Pesan Opah ni...Ya...lah , tak dapat maklumbalas samada cerita ini dibaca orang atau tidak...
Takpe lah...pakcik cuba sambung lagi..

Walaupun Opah hanya bersekolah setakat darjah 5 Sekolah Melayu, Opah bukanlah seorang yang kolot dan tidak berpelajaran. Opah suka mendengar berita dari radio kerana tak mampu membeli surat khabar dan majalah. Opah juga, hari hari membaca kitab kitab agama dan yang sangat dia suka baca dan telah membacanya beberapa kali adalah Tafsir Al Azhar yang ditulis oleh HAMKA disamping beliau menghafal Al Quran. Itu sebab Opah berpandangan jauh kedepan dan hendak anak anaknya belajar rajin rajin hingga beliau tak mahu mengganggu anak anak nya dengan mengajak mereka sama-sama turun kebendang atau menoreh getah. Diapun tak suka menganggu unak anaknya belajar, dengan menyuruh buat kerja ini atau itu. Semua anak anak nya telah diberi tugas tugas khas dan hanya perlu dibuat pada masa tertentu sahaja supaya tidak membuang masa. Begitu juga kalau anak anaknya nak bermain hanya boleh turun kebawah rumah pada selepas jam 6.00 petang, itupun kena selesaikan tugas tugas khas tu dulu.

Pada malam nya kami anak anak Opah terus menyambung belajar walaupun tak ada api letrik. Kami terpaksa belajar mengguna pelita minyak tanah berchimney, secara berkongsi 4 orang keliling pelita tersebut meniarap diatas lantai. Kalau membaca senanglah secara meniarap itu tapi kalau menulis terpaksalah susah sikit kerana duduk diatas lantai. Tak jauh dari tempat kami belajar itu Opah pula menjahit baju yang ditempah orang. Opah memang kerja mengambil upah menjahit baju untuk mendapat duit secara tunai untuk tujuan persekolahan anak-anaknya. Dan semasa dia menjahit itu juga beliau mendengar bacaan mukadam dan Al Quraan anak anaknya dan membetulkan bacaan yang salah. Opah memang tukun menjahit, kalau dekat dekat nak raya beliau akan menjahit dari petang hingga kesubuh esok paginya, sebab nak siapkan tempahan yang telah banyak diterima nya dan semua kena siap sebelum Hari Raya.

Memang kesian melihat Opah bekerja siang malam, siangnya kebendang dan malam nya menjahit, entah bila dia dapat berehat. Kami anak anak hanya membantu dalam kerja kerja memelihara kambing, ayam dan itek serta membelah dan membawa kayu api kedapur dan mengangkat air dari perigi kedapur. Memasak tugas kepada anak perempuan iaitu Makwa dan bila Makwa dah kahwin dan ikut suami Pakde Noran pula kena memasaak. Bila Pakde Noran habis sekolah dan pergi training di DTC Maksu Nor pula bertuga memasak. Opah bila turun kebendang dari pagi hingga petang baru balik, itu sebab anak lelakinya Pakde Noran dan anak perempuannya Maksu walau maseh remaja lagi kena memasak untuk kami semua. Masakpun taklah yang canggih selalu nya telor goreng, masak lemak telor, goreng atau kari ikan haruan atau keli atau puyu yang diperolehi dengan menimba telaga dalam bendang dan simpan ikan ikan itu hidup hidup dalam tempayan besar. Bila nak masak baru keluarkan ikan itu dari tempayan tadi.  

Thursday 4 August 2011

Ekonomi Cara Opah

Opah telah berusaha dengan gigih untuk mengumpul wang untuk perbelanjaan sekolah anak anak nya. Setiap sen yang akan dibelanjakan hanya yang benar benar penting sahaja. Jadi masa bersekolah Pakcik, Paklop, Maksu yang sama sama bersekolah di Sekolah Melayu Talang memang tak ada biberi duit belanja. 

Makan nasi tenhah hari dan malampun selalu berlaukkan telor itek goreng dengan sambal belacan. Kadang-kadang dapatlah berlaukkan ikan darat  yang ditangkap dari kolam dalam bendang dibelakang rumah, di Kampung Talang tu. Kalau masak kari atau lemak Opah buat kuah yang banyak hingga penuh periuk supaya semua orang boleh makan hingga makan malam. Kadang kadang bila tak ada kuah kami makan nasi berkuahkan minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan. Memang sangat sedap nasi yang masih panas dicampur minyak masak dan campur sedikit garam serta digaul bersama sambal belacan. Lauknya hanya telor goreng atau ikan keli goreng atau ikan puyu goreng atau ikan haruan goreng, memang sedap satu pinggan tak cukup.

Lagi best kalau makan dibawah pokok jambu atau putat atau dipangkal pokok kelapa dibelakang rumah ditepi bendang. Tapi jangan dekat sangat dengan kandang kambing dan reban ayam yng juga berada dibelakang rumah, bau nya....boleh mematikan selera makan.

Opah hanya bagi anak anak dan Atok sahaja memakan nasi dengan lauk, bagi dirinya hanya nasi dengan ikan masin sahaja. Memang kesian tengak Opah makan nasi dengan ikan masin sahaja. Memang sedeh tengak Opah makan nasi dengan ikan masin sahaja tapi itu cara Opah nah berjimat supaya anak anak nya dapat pergi kesekolah.

Opah juga berjimat dalam berpakaian. Dirumah Opah hanya berkemban tanpa baju. Kalau ada orang datang kerumah baru Opah pakai baju, takut malu. Baju sekolah kami anak anaknya pun satu pasang sahaja saorang. Terpaksalah kami berhati hati apabila bermain main disekolah supaya tidak cepat kotor dan boleh pakai kesekolah tiap tiap hari hingga hujung minggu baru dibasuh.

Baju untuk berjalan pun anak anak Opah tak ada. Bila kami sekeluarga pergi melawat Makwe di Kuala Lumpur dulupun Pakcik terpaksa pakai baju sekolah. Baju lain dah lama dan tak elok, hanya baju sekolah sahaja yang baru dan elok. Baju Raya untuk kami anak lelaki Opah buat baju melayu dengan kain tanpa seluar jadi tak boleh pakai untuk berjalan pada bukan Hari Raya..

Opah suka merokok tapi opah terpaksa berjimat. Dengan itu tiap tiap puntung rokok yang Opah hisap Opah kumpul dan simpan. Bila dah banyak Opah buka dan kumpulkan tembakaunya dan buat rokok baru. Rokok Opah gulong sendiri macam rokok daun tapi lainnya ia tak pakai daun, ia pakai kertas rokok yang dibeli khas.

Memang kami anak anak Opah berasa insaf sangat sangat bila mengenangkan pengorbanan yang telah Opah lakukan untuk membesarkan kami dan jadikan kami orang berguna dan tidak  menyusahkan orang lain, Sama samalah kita berdoa semoga Roh Opah Dan Atok sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatakan kedalam Syurga Firdaus untuk selama lamanya...Ameen.

Tuesday 26 July 2011

Opah Yang Kreatif Dan Bersemangat Waja

Opah memang menghadapi masaalah untuk menyediakan peruntukan kewangan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak nya. Tambahan pula Pakdak Zubairi, Pakteh Rani dan Maksu Nor terpaksa meneruskan pengajian nya ke sekolah swasta. Walaupun Atok Abas tak ade kerja tetap dan tak dapat mengadakan segala duit untuk yuran sekolah swasta tersebut dan lain lain keperluan, kerana Atok Abas hanya bekerja menanam padi dan kadang kadang mengambil upah menoreh getah orang, Opah maseh tetap mahu menyekolahkan semua anak-anak nya hingga keperingkat yang lebih tinggi dengan apa cara sekalipun.

Opah percaya sungguh sungguh, hanya dengan kelayakkan akademik, anak anak nya akan lebih terjamin masa depan mereka. Hanya dengan ada kelayakkan akademik anak anak nya boleh menjadi guru, iaitu profesyen yang pernah menjadi cita-cita dan idaman Opah buat sekian lama nya, tetapi terpaksa dipendamkan walaupun sudah layak untuk dipangil cekgu bersama sama dengan Pan Sa (isteri Toki Gam), oleh sebab mendapat tentangan dari ayahanda Opah sebab Opah akan ditunangkan dengan Atok Abas. Dan Atok Abas tak setuju Opah menjadi Guru dan pergi bekerja diluar dan tinggalkan Atok kat rumah jaga anak anak. Opah dengan Atok Abas bukan orang lain, sedara mara juga (boleh chek dalam Family Tree Imam Kolah). Kalau nak tau Atok Abas lah yang mengajar Opah mengaji Quran masa Opah kecil kecil dulu hingga pandai. 

Pada siang hari Opah bekerja teruk tak berhenti-henti menanam padi dibendang dibelakang rumah dan bendang di Jalan Baru yang jauh nya 2 km dari rumah, terpaksa jalan kaki dan meranduk air Sungai Kangsar sebab jambatan nya jauh sangat, membela itek dengan banyak, membela kambing juga dengan banyak dan membela ayam dengan banyak juga. Pada malam nya Opah tak boleh buat kerja kerja diatas sebab dah gelap, jadi Opah cari jalan macamana nak cari duit pada malam hari pulak.

 Opah dapat satu idea bila kawan Opah yang datang dari Manong, mintak Opah tolong jaitkan baju raya nya. Opah mana pernah pergi belajar menjahit walaupun Opah pada masa tu ada mesen jahit tangan. Jadi Opah mintak baju yang lama kawan nya untuk dijadikan contoh.Dengan membelek belek baju contoh itu Opah berjaya meniru dan siapkan menjahit baju untuk kawan Opah tersebut. Yang pelik nya Opah tak guna pensel dan ruler langsung, hanya guna tangan dan jari nya untuk mengukur. Bila kawan nya datang untuk mengambil baju yang dijahit itu  dan dicuba, baju itu memang fit betul, exactly macam baju yang dijadikan contoh tadi. Opah tak ambil upah yang banyak, hanya RM 2.50 sahaja untuk satu pasang baju kurung. Apalagi tersebarlah berita mengatakan Opah pandai menjahit dan hanya ambil upah yang murah pula.

Bermula dari tarikh tersebut mulalah Opah bekerja malam pula untuk mengumpul duit untuk persekolahan anak anak nya. Opah akam mula menjahit dari petang hingga larut malam kadang kadang sampai kepagi kalau baju terlampau banyak untuk dijahit, Opah berhenti hanya untuk bersembahyang sahaja. Untuk mempercepatkan kerja Opah telah menukarkan mesen jahit guna tangan kepada mesen jahit guna kaki kerana ia lebih laju dan  kedua dua tangan boleh digunakan untuk memegang jahitan  dan kaki digunakan untuk menjalankan mesen nya.

Kalau hari tu tak kebendang Opah akan mula menjahit selepas Subuh lagi, tak langsung masa terbuang dengan sia sia. Sampai mengajar kami anak anaknya Pakteh Rani, Pakcik Nazri, Maksu Nor dan Paklop Mat mengajipun Opah lakukan sambil menjahit baju. Kami mengaji sorang sorang kuat kuat kalau salah Opah boleh tahu walaupun Opah sedang menjahi dan tak tengak Quran dan Jakme yang kami baca. Bergoyang kakilah terus menerus Opah tak kira siang atau malam, kadang kadang kalau kami terjaga pada jauh malam, kami dapati Opah maseh lagi bergoyang kaki menjahit baju, tak tahu bila akan berhenti nya.

Melihat semangat dan usaha yang amat gigih yang ada pada Opah nak cari duit untuk menyekolahkan anak anak nya walaupun disekolah swasta yang berbayar, kami anak anak akan berasa sangat sangat bersalah kalau gagal untuk mencapai harapan dan impian Opah nak tengak anak anak nya menjadi guru. Alhamdulillah dengan semangat dan usaha yang tak kenal kecewa serta dengan izin Nya, Pakdak, Pakde dan Pakteh menjadi guru yang bertauliah akhirnya. Pakcik dan Paklop macamanapun mencapai kelayakkan akademik yang lebih tinggi telah memileh profesyen yang lain.

Opah telah berjaya dan bersyukur banyak banyak kerana Allah SWT telah mengmakbulkan doa dan usaha nya untuk mengeluarkan  anak anak nya dari cengkaman kemiskinan yang selalu mempenjarakan orang orang kampong yang miskin saperti Opah Esah dan Atok Abas. Kami anak anak nyapun bersyukur banyak banyak juga dan berdoa semoga pencapaian yang akan diperolehi oleh cucu-cucu, cicit-cicit, piut-piut Opah dan seterusnya adalah ditahap yang lebih tinggi lagi didunia dan akhirat.  

Wednesday 15 June 2011

Cara Opah Menguruskan Keluarga

Opah tidak mahu anak anak opah dimanjakan, dengan itu setiap anak anaknya diberi tugas yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, setiap hari tak kira panas atau hujan. Tugas tugas ini bagi melancarkan kerja kerja Opah yang sangat banyak dirumah untuk memastikan anak nya yang ramai itu terjaga dan terurus dengan baik.

Tugas membelah kayu api dari batang pokok getah yang telah siap dipotong untuk dijadikan kayu api , bagi tujuan memasak didapur kayu, diberikan kepada Pakde Noran. Batang pokok getah tua itu selalunya dibeli dari Benggali kereta lembu dan Benggali itu menghantar batang batang kayu yang siap dipotong satu kereta lembu penuh dan diturunkan di tepi rumah. Tugas Pakde Noranlah membelah batang kayu tersebut dengan kapak. Kadang kadang bila perlu adek adek yang lainpun ada menolong.

Tugas mengangkat air yang ditapis dengan berseh dari telaga yang ada disebelah rumah untuk di isi kedalam tempayan didapur, di atas rumah, diberikan kepada Pakteh Rani. Untuk memenuhi semua 5 tempayan yang besar besar itu, Pakteh terpaksa berulang alek dari atas dapur ke telaga dan kedapur semula beberapa kali. Pakteh terpaksa mencedok air dalam perigi dengan mengguna timba yang diikat dengan tali dan airnya dituangkan kedalam tempayan penapis yang berisi batu kecil dan pasir dan air yang bersih itu ditadah dibawahnya dengan baldi lain untuk diangkat kedapur.

 Pakcik Nazri diberi tugas agak rengan iaitu menutup semua tingkap dan pintu sebelum senja iaitu sebelum nyamuk terbang masuk kerumah dari tingkap sekira ianya maseh terbuka. Rumah Opah yang diperbuat dari papan itu memang mempunyai banyak tingkap. Jadi membuka dan menutupnya setiap hari merupakan satu tugas yang penting juga. Disamping membuka dan menutup tingkap, Pakcik juga ditugaskan  menyapu sampah dibawah rumah dan dihalaman rumah. Memang halaman rumah Opah hanya tanah dan pasir dan tiada berumput.  Pokok kayu yang banyak disekeliling rumah, membuat halaman rumah Opah cepat dipenuhi sampah dan nampak tak berseh disebabkan daun daun kayu kering yang terjatuh dari pokok pokok tersebut satelah ditiup angin. Dengan itu kerja menyapu perlu dilakukan setiap hari.

Semua tugas ini hanya boleh dimulakan selepas jam 6.00 petang, iaitu selepas masa yang diperuntukkan untuk belajar atau menyiapkan segala kerja rumah yang diberi oleh guru masing masing..Sebelum jam 6.00 petang tak seorangpun dibenarkan turun dari rumah walaupun kawan kawan dah berada dibawah rumah dan memanggil manggil mengajak bermain bersama. Permainan yang paling popular masa itu adalah, main bola yang diperbuat dari getah sekerap yang dililit dengan tali getah yang diambil dari pokok getah yang telah ditoreh. Tiang rumah dan selipar menjadi tiang gol. Bermainlah dengan apa cara sekalipun samaada berkaki ayam, berselipar atau berkasut, hanya memakai kain pelekat atau berseluar , bertolak tolak, bertarik tarik, riuh rendah menjerit jerit, tak kesah sebab tak ada peraturan dan pengadil yang khusus, asal boleh enjoy dan berseronok OK lah.

 Tugas diatas adalah tambahan daripada tugas dan tanggung jawab secara bersama untuk memelihara dan menjaga kambing, ayam dan itek. Kadang kadang itek yang dipelihara sehingga lebih 200 ekor. Perlu dipelihara dengan baik supaya tidak mati atau diserang binatang buas. Anak anak itek yang berumur beberapa hari, dibagi makan dengan sekam padi, hampas kelapa, isi batang rembia yang dicincang halus, batang dan daun paku rawan yang dikerat halus, dan digaul semuanya dalam besin, dan diletakkan kedalam kandang itek setiap  hari. Memang itek itek itu kuat makan dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan makanan dengan banyak, hingga itek itek itu menjadi itek yang besar, gemuk dan berat supaya mendapat untung  lebih bila dijual. Lagi besar itek itek itu lagi banyak ia makan dan selalu dijual bila itek itek itu meningkat dewasa iaitu peringkat itek dara.

 Bila musim menuai padi dah siap itek itek ini selalu dilepaskan kedalam bendang supaya mereka kutip dan makan buah buah padi yang terjatuh dan tertinggal didalam bendang. Tapi ada sedikit masaalah apabila nak memasukkan itek itek ini kedalam reban bila hari dah petang. Kadang kadang semasa didalam bendang itek itek ini senang diserang binatang buas saperti anjing liar dan musang. Menjadi tugas kamilah untuk memastikan itek itek ini terselamat dan dibawa balik dan dimasukkan kedalam reban bila hari dah petang.

Wednesday 8 June 2011

Hari-hari Mulanya Pakcik Nazri Bersekolah

Macamana, entah, opah dah buat keputusan supaya pakcik Nazri mula bersekolah pada umur enam tahun, iaitu termuda satu tahun daripada umur sebenar untuk menghantar anak anak ke sekolah. Jadi opah telah mintak kepada anak jiran yang menyewa rumah Tokki  supaya membawa pakcik bersama mereka berjalan kesekolah dan menengak-nengak pakcik disekolah dan tolong tunjukkan kalau pakcik tak tau nak buat apa disekolah nanti. Anak jiran tu dua orang budak perempuan kembar dan mereka akan masuk ke darjah tiga disekolah yang sama iaitu Sekolah Melayu Talang.

Untuk kesekolah opah telah siapkan untuk pakcik selain uniform sekolah, baju puteh, seluar pendek biru dan kasut raba (rubber) puteh, papan batu dengan pensel batu serta kain buruk sebagai pemadam, tikar yang dibuat dari mengkuang bersaiz kecil, sebesar tikar sembahyang, untuk lapik duduk diatas lantai simen nanti, dan penyapu lidi untuk sapu pasir atas lantai sebelum membentang tikar untuk tempat duduk. Murid darjah satu diSekolah Melayu Talang diletakkan dibangunan yang terbuka, tak berdinding hanya ada atap dan lantai dari simen dan tak dibekalkan kerusi atau meja. Duduklah murid-murid secara bersila dan untuk menulis murid murid terpaksa meletakan papan batu diatas lantai dan menulislah secara membongkok.

Untuk makan semasa waktu rehat sekolah, opah tak membekalkan duit saperti anak orang lain, opah bekalkan dalam daun pisang dan dibungkus dengan kertas, nasi puteh berlauk telor goreng dan sedikit sambal belacan. Air tidak perlu sebab pakcik boleh cedok air dari perigi yang ada didalam kawasan sekolah dengan menggunakan timba yang diikat dengan tali panjang, yang disediakan oleh pehak sekolah. Pada masa tu air paip belum lagi disediakan keSekolah Melayu Talang.

Bila sampai masa rehat, pakcik pun pergilah kebelakang sekolah bersama sama murid murid lain yang membawa bekalan nasi masing masing. Pakcikpun tengak lah bekalan nasi budak budak tersebut, alangkah  bestnya bekalan mereka, ada ikan goreng, ada udang, ada sayur, ada telor, ada kuah dan ada air oren juga. Tak jadilah pakcik makan dekat dengan mereka, takut nanti dilihatnya pakcik makan nasi puteh kosong dengan telor goreng dan sambal sahaja, malu nanti.Jadi pakcik pergilah bersaorangan jauh dari mereka kebawah pokok gajus ditepi bendang orang kampong yang berhampiran dengan sekolah. Lepas habis nasi yang dibekalkan oleh opah tu pakcik makan, pelan pelanlah berjalan menuju keperigi dan cedok air perigi dengan timba bertali panjang dan minumlah sebanyak mana yang lalu sebab ianya  tak perlu bayar.  

Begitulah hari hari, pakcik akan makan sendirian dibawah pohon gajus ditepi bendang, jauh dari pandangan murid murid sekolah dan minum air dari perigi sekolah. Kadang kadang bila pakyang Ramli balik bercuti dia akan bagi duit untuk belanja sekolah. Duit ini pakcik pakai secara jimat cermat, iaitu apabila hari terlalu panas dan akan cepat leteh dan dahaga untuk berjalan balik yang jauhnya lebih kurang satu batu, pakcik akan beli ais kepal dari kanteen sekolah masa nak balik bila habis kelas. Ais kepal yang disiram dengan air gula berbagai warna, merah, hijau dan kuning  akan pakcik hisab sikit demi sikit supaya ia bertahan dan tak habis sepanjang perjalanan pulang kerumah. Bila air gulanya dah habis dihisab jadilah ais kepal yang sudah bersaiz kecil itu berwarna puteh dan tidak manis lagi, tetapi ia maseh sejuk dan menyegarkan semasa berjalan dibawah panas terek tengah hari buta itu.

Tuesday 7 June 2011

Cara Opah Mendisiplin Anak - sambungan

Tak berapa lama dari peristiwa mengambil buah rambutan ( itu yang kami yang maseh budak-budak fikir semasa melakukannya tempoh hari,  kami ingat boleh ambil sahaja sebab didepan rumah dan dekat sangat , boleh dicapai tangan, tapi rupanya ia adalah perbuatan mencuri sebab tak mendapat kebenaran dari tuannya), paklop Mat secara berbisek memberi tahu pakcik (abah)" E..ada benda best Mat jumpa dan sorok dibawah tangga beranda, mari ambil parang dan kita kupas dan makan."

Pakloppun ambil parang dan pakcik terus ikut dia. Sampai dibawah tangga pakcik nampak sebiji buah durian yang bulat besar berbau sedap, sedang masak. Pakcik terkejut dan tanya paklop " dimana kamu jumpa buah durian ini ?"

Paklop jawab dia jumpa diatas jalan masuk didepan rumah, ditepi longkang. Pakcik pun berkata padanya " itu buah durian Tokki,". Pokoknya sangat tinggi tumbuh ditepi longkang, ditepi  pagar kebun Tokki, berhampiran jalan masuk depan rumah opah. Buahnya tak banyak, hanya dahan yang menghala kejalan masuk kerumah opah sahaja yang berbuah, jadi bila jatuh mestilah keatas jalan masuk kerumah opah.

Paklop Mat bertanya pakcik " bolehke kita makan ?"

Pakcik jawap " E tak sanggup nak kena marah lagi sekali oleh opah macam hari tu, E tak mahu ! "

" Apa kita nak buat ?" tanya paklop.

"Kita hantar je kerumah Tokki, diam-diam jangan siapa yang nampak" pakcik jawab.

Pakloppun faham, itu buah curi namanya, ia haram dimakan. Hasrat hati nak menekmati kelazatan buah durian itu terpaksalah dipadamkan. Walaupun rasa sedeh, kami terpaksa menghomati perasaan opah yang tidak mahu anak anaknya memakan benda benda haram. Kami selalu dengar opah berkata " kalau makan benda benda haram nanti tak pandai belajar disekolah dan tak lulus pereksa." Kami semua nak jadi pandai dan nak lulus pereksa, jadi tak apalah tak jadi makan buah durian tadi.

  Kami pun setuju nak hantar kerumah Tokki secara senyap senyap, supaya tak siapa yang tahu. Kami bungkus buah durian tu kedalam kain buruk dan dengan relax berjalan kerumah Tokki, macam tak ada apa apapun berlaku. Sampai depan tangga beranda rumah Tokki kami buka kain buruk tadi dan jatuhkan buah durian tu betul betul di depan tangga beranda rumah pokki.  Kamipun berjalan pulang dengan bangganya kerana telah dapat mempertahankan diri daripada berbuat jahat dengan memakan buah durian orang tanpa kebenaran dan berbuat bakti  pula kepada Tokki dengan menghantar buah tersebut kerumahnya.   

Sunday 5 June 2011

Cara Opah Mendisiplin Anak

Opah sangat tegas terhadap anak-anaknya pasal disiplin.

Pernah satu hari, pakci Nazri bersama pakteh Rani mencapai beberapa biji buah rambutan yang masak ranum dari dahan yang terjulur keluar dari dalam pagar kebun Tengku Temenggong didepan rumah kami. Kami dah pasti opah tak nampak kami ambil dan secara senyap senyap dan berselindung dibalik dinding telaga kami berdua memakan buah tersebut. Lepas makan kamipun relax keluar macam tak ada apa-apa.

Tiba-tiba bila kami terseempak dengan opah, opah terus menengking " siapa ambil buah rambutan itu ? " sambil menunjuk kearah dahan dimana buah rambutan telahpun lesap.

Kami terkujut dan hairan macamana opah boleh tahu, pada hal dia tak nampakpun kami mengambilnya !. Oleh kerana takut kamipun mengaku. Apalagi opah jadi tersangat marah dan menyuruh kami tonggeng kepala kebawah dan bontot keatas dan cuba memuntahkan buah rambutan yang kami makan tadi. Macamana nak keluar kami dah telan dan dah masuk dalam perut. Opah tak peduli dipaksanya kami muntahkan nya juga benda yang kami makan itu sebab ianya benda haram sebab benda curi.

Disebat sebatnya belakang kami dengan kain buruk bagi memaksa buah yang telah dimakan tadi keluar. Akirnya kami muntah juga tapi tak banyak yang keluar, maseh ada lagi sisanya dalam perut. Kami dah tak terdaya lagi nak muntahkan kesemuanya. Dah rasa nak pengsan dibuatnya.

Opahpun dah penat menyebat kami dan dengan perasaan kecewa bercampur sedih opah berkata " penat aku membesarkan kamu dengan razeki yang halal, tapi dibelakang aku, kamu makan benda-benda haram...macamana nak pandai ?, macamana nak lulus pereksa ?"

Melihat opah sedeh dan murung, kamipun berasa sangat menyesal dan insaf , dan berjanji dengan diri sendiri tak akan sekali kali mengulangi perangai buruk itu, iaitu memakan barang haram.

Bila kami tanya pakde Noran macamana opah boleh tahu, pakde kata opah dah kira buah buah tersebut. Bila dia tengak bilangannya dah kurang, dia agak kamulah yang curi, sebab itu dia tanya kamu. Memang sahlah kami yang curi sebab itu kami mengaku.

Bagi memastikan buah rambutan itu tak hilang dan kami tak ditanya lagi oleh opah, kami sendiri kira berapa buah yang tinggal dan jaga supaya tak dicuri oleh orang yang lalu lalang didepan rumah kami. Terutama murid sekolah yang berulang alek kesekolah Cina berhampiran. Kami sediakan lastek, dan tunggu bila budak budak tu lalu dan bila mereka mula memandang keatas nak tengak buah rambutan tu, kami terus lastek punggungnya dengan batu kecil. Sorang dua dah kena lastek, yang  lain tak berani lagi nak lalu ikut depan rumah kami lagi. Dengan itu buah buah rambutan itu terselamat dan terbiar diatas pokok menjadi kering dan hitam diatas pokok. Ta ada siapa yang akan peduli lagi.

Begitulah yang berlaku pada tiap tiap musim buah. Tuan kebunpun tak peduli nak ambil buah yang sudah masak merah meranum itu. Malangnya tuan kebun itu tak benarkan kami budak budak kampong mengambil dan memakannya.