Macamana, entah, opah dah buat keputusan supaya pakcik Nazri mula bersekolah pada umur enam tahun, iaitu termuda satu tahun daripada umur sebenar untuk menghantar anak anak ke sekolah. Jadi opah telah mintak kepada anak jiran yang menyewa rumah Tokki supaya membawa pakcik bersama mereka berjalan kesekolah dan menengak-nengak pakcik disekolah dan tolong tunjukkan kalau pakcik tak tau nak buat apa disekolah nanti. Anak jiran tu dua orang budak perempuan kembar dan mereka akan masuk ke darjah tiga disekolah yang sama iaitu Sekolah Melayu Talang.
Untuk kesekolah opah telah siapkan untuk pakcik selain uniform sekolah, baju puteh, seluar pendek biru dan kasut raba (rubber) puteh, papan batu dengan pensel batu serta kain buruk sebagai pemadam, tikar yang dibuat dari mengkuang bersaiz kecil, sebesar tikar sembahyang, untuk lapik duduk diatas lantai simen nanti, dan penyapu lidi untuk sapu pasir atas lantai sebelum membentang tikar untuk tempat duduk. Murid darjah satu diSekolah Melayu Talang diletakkan dibangunan yang terbuka, tak berdinding hanya ada atap dan lantai dari simen dan tak dibekalkan kerusi atau meja. Duduklah murid-murid secara bersila dan untuk menulis murid murid terpaksa meletakan papan batu diatas lantai dan menulislah secara membongkok.
Untuk makan semasa waktu rehat sekolah, opah tak membekalkan duit saperti anak orang lain, opah bekalkan dalam daun pisang dan dibungkus dengan kertas, nasi puteh berlauk telor goreng dan sedikit sambal belacan. Air tidak perlu sebab pakcik boleh cedok air dari perigi yang ada didalam kawasan sekolah dengan menggunakan timba yang diikat dengan tali panjang, yang disediakan oleh pehak sekolah. Pada masa tu air paip belum lagi disediakan keSekolah Melayu Talang.
Bila sampai masa rehat, pakcik pun pergilah kebelakang sekolah bersama sama murid murid lain yang membawa bekalan nasi masing masing. Pakcikpun tengak lah bekalan nasi budak budak tersebut, alangkah bestnya bekalan mereka, ada ikan goreng, ada udang, ada sayur, ada telor, ada kuah dan ada air oren juga. Tak jadilah pakcik makan dekat dengan mereka, takut nanti dilihatnya pakcik makan nasi puteh kosong dengan telor goreng dan sambal sahaja, malu nanti.Jadi pakcik pergilah bersaorangan jauh dari mereka kebawah pokok gajus ditepi bendang orang kampong yang berhampiran dengan sekolah. Lepas habis nasi yang dibekalkan oleh opah tu pakcik makan, pelan pelanlah berjalan menuju keperigi dan cedok air perigi dengan timba bertali panjang dan minumlah sebanyak mana yang lalu sebab ianya tak perlu bayar.
Begitulah hari hari, pakcik akan makan sendirian dibawah pohon gajus ditepi bendang, jauh dari pandangan murid murid sekolah dan minum air dari perigi sekolah. Kadang kadang bila pakyang Ramli balik bercuti dia akan bagi duit untuk belanja sekolah. Duit ini pakcik pakai secara jimat cermat, iaitu apabila hari terlalu panas dan akan cepat leteh dan dahaga untuk berjalan balik yang jauhnya lebih kurang satu batu, pakcik akan beli ais kepal dari kanteen sekolah masa nak balik bila habis kelas. Ais kepal yang disiram dengan air gula berbagai warna, merah, hijau dan kuning akan pakcik hisab sikit demi sikit supaya ia bertahan dan tak habis sepanjang perjalanan pulang kerumah. Bila air gulanya dah habis dihisab jadilah ais kepal yang sudah bersaiz kecil itu berwarna puteh dan tidak manis lagi, tetapi ia maseh sejuk dan menyegarkan semasa berjalan dibawah panas terek tengah hari buta itu.

No comments:
Post a Comment