Tak berapa lama dari peristiwa mengambil buah rambutan ( itu yang kami yang maseh budak-budak fikir semasa melakukannya tempoh hari, kami ingat boleh ambil sahaja sebab didepan rumah dan dekat sangat , boleh dicapai tangan, tapi rupanya ia adalah perbuatan mencuri sebab tak mendapat kebenaran dari tuannya), paklop Mat secara berbisek memberi tahu pakcik (abah)" E..ada benda best Mat jumpa dan sorok dibawah tangga beranda, mari ambil parang dan kita kupas dan makan."
Pakloppun ambil parang dan pakcik terus ikut dia. Sampai dibawah tangga pakcik nampak sebiji buah durian yang bulat besar berbau sedap, sedang masak. Pakcik terkejut dan tanya paklop " dimana kamu jumpa buah durian ini ?"
Paklop jawab dia jumpa diatas jalan masuk didepan rumah, ditepi longkang. Pakcik pun berkata padanya " itu buah durian Tokki,". Pokoknya sangat tinggi tumbuh ditepi longkang, ditepi pagar kebun Tokki, berhampiran jalan masuk depan rumah opah. Buahnya tak banyak, hanya dahan yang menghala kejalan masuk kerumah opah sahaja yang berbuah, jadi bila jatuh mestilah keatas jalan masuk kerumah opah.
Paklop Mat bertanya pakcik " bolehke kita makan ?"
Pakcik jawap " E tak sanggup nak kena marah lagi sekali oleh opah macam hari tu, E tak mahu ! "
" Apa kita nak buat ?" tanya paklop.
"Kita hantar je kerumah Tokki, diam-diam jangan siapa yang nampak" pakcik jawab.
Pakloppun faham, itu buah curi namanya, ia haram dimakan. Hasrat hati nak menekmati kelazatan buah durian itu terpaksalah dipadamkan. Walaupun rasa sedeh, kami terpaksa menghomati perasaan opah yang tidak mahu anak anaknya memakan benda benda haram. Kami selalu dengar opah berkata " kalau makan benda benda haram nanti tak pandai belajar disekolah dan tak lulus pereksa." Kami semua nak jadi pandai dan nak lulus pereksa, jadi tak apalah tak jadi makan buah durian tadi.
Kami pun setuju nak hantar kerumah Tokki secara senyap senyap, supaya tak siapa yang tahu. Kami bungkus buah durian tu kedalam kain buruk dan dengan relax berjalan kerumah Tokki, macam tak ada apa apapun berlaku. Sampai depan tangga beranda rumah Tokki kami buka kain buruk tadi dan jatuhkan buah durian tu betul betul di depan tangga beranda rumah pokki. Kamipun berjalan pulang dengan bangganya kerana telah dapat mempertahankan diri daripada berbuat jahat dengan memakan buah durian orang tanpa kebenaran dan berbuat bakti pula kepada Tokki dengan menghantar buah tersebut kerumahnya.

No comments:
Post a Comment