Sunday, 5 June 2011

Cara Opah Mendisiplin Anak

Opah sangat tegas terhadap anak-anaknya pasal disiplin.

Pernah satu hari, pakci Nazri bersama pakteh Rani mencapai beberapa biji buah rambutan yang masak ranum dari dahan yang terjulur keluar dari dalam pagar kebun Tengku Temenggong didepan rumah kami. Kami dah pasti opah tak nampak kami ambil dan secara senyap senyap dan berselindung dibalik dinding telaga kami berdua memakan buah tersebut. Lepas makan kamipun relax keluar macam tak ada apa-apa.

Tiba-tiba bila kami terseempak dengan opah, opah terus menengking " siapa ambil buah rambutan itu ? " sambil menunjuk kearah dahan dimana buah rambutan telahpun lesap.

Kami terkujut dan hairan macamana opah boleh tahu, pada hal dia tak nampakpun kami mengambilnya !. Oleh kerana takut kamipun mengaku. Apalagi opah jadi tersangat marah dan menyuruh kami tonggeng kepala kebawah dan bontot keatas dan cuba memuntahkan buah rambutan yang kami makan tadi. Macamana nak keluar kami dah telan dan dah masuk dalam perut. Opah tak peduli dipaksanya kami muntahkan nya juga benda yang kami makan itu sebab ianya benda haram sebab benda curi.

Disebat sebatnya belakang kami dengan kain buruk bagi memaksa buah yang telah dimakan tadi keluar. Akirnya kami muntah juga tapi tak banyak yang keluar, maseh ada lagi sisanya dalam perut. Kami dah tak terdaya lagi nak muntahkan kesemuanya. Dah rasa nak pengsan dibuatnya.

Opahpun dah penat menyebat kami dan dengan perasaan kecewa bercampur sedih opah berkata " penat aku membesarkan kamu dengan razeki yang halal, tapi dibelakang aku, kamu makan benda-benda haram...macamana nak pandai ?, macamana nak lulus pereksa ?"

Melihat opah sedeh dan murung, kamipun berasa sangat menyesal dan insaf , dan berjanji dengan diri sendiri tak akan sekali kali mengulangi perangai buruk itu, iaitu memakan barang haram.

Bila kami tanya pakde Noran macamana opah boleh tahu, pakde kata opah dah kira buah buah tersebut. Bila dia tengak bilangannya dah kurang, dia agak kamulah yang curi, sebab itu dia tanya kamu. Memang sahlah kami yang curi sebab itu kami mengaku.

Bagi memastikan buah rambutan itu tak hilang dan kami tak ditanya lagi oleh opah, kami sendiri kira berapa buah yang tinggal dan jaga supaya tak dicuri oleh orang yang lalu lalang didepan rumah kami. Terutama murid sekolah yang berulang alek kesekolah Cina berhampiran. Kami sediakan lastek, dan tunggu bila budak budak tu lalu dan bila mereka mula memandang keatas nak tengak buah rambutan tu, kami terus lastek punggungnya dengan batu kecil. Sorang dua dah kena lastek, yang  lain tak berani lagi nak lalu ikut depan rumah kami lagi. Dengan itu buah buah rambutan itu terselamat dan terbiar diatas pokok menjadi kering dan hitam diatas pokok. Ta ada siapa yang akan peduli lagi.

Begitulah yang berlaku pada tiap tiap musim buah. Tuan kebunpun tak peduli nak ambil buah yang sudah masak merah meranum itu. Malangnya tuan kebun itu tak benarkan kami budak budak kampong mengambil dan memakannya.

1 comment:

  1. subhanallah... gitu cara opah ajar anak2nya.. shahnaz amaze sgt.. no wonder ajaran opah meresap sampai ke kami anak2 abah ni.. abah lah yg sampaikan secara langsung dan x langsung.. tp mmg terasa berkesannya di hati.. rasa takut sgt kalu terbuat sesuatu yg x jujur.. time kasih bah.. semoga anak2 shahnaz pun tersampai ajaran opah ni..

    ReplyDelete