Saturday, 4 June 2011

Untuk anak cucu cicit piut - Wawasan Opah

Opah mempunyai wawasan untuk anak-anaknya menjadi guru. Wawasan ini timbul oleh sebab opah memang dah layak memjadi cekgu tetapi tidak dibenarkan oleh bapa opah sebab opah nak dikahwinkan dengan atok Abas. Atok Abas tak suka opah bekerja sebab dia takut tinggal kat rumah dan terpaksa mejaga anak anak yang akan lahir nanti. Atok Abas kata " aku tak dak jadi burung puyuh...yang jantan jaga anak yang betina keluar cari makan " Kamipun tak tahu, ye ke perangai burung puyuh macam tu...

Oleh sebab tu opah hantar anak anak nya bersekolah orang puteh, walaupun bapa opah tak berapa setuju masa tu.Bapa opah tak setuju kerana dia takut dengan masuk sekolah orang puteh tu, cucunya nanti jadi orang Christian. Tapi dapat membetulkan anggapan bapanya yang sekolah tu tidak ajar anak muridnya jadi Christian. Lagi satu bapa opah tak setuju kerana sekolah orang puteh kena bayar "school fees', sekolah Melayu percuma. Tapi opah mahu anak anaknya belajar lebih tinggi dan berjaya menjadi cekgu. Kalau setakat belajar disekolah melayu saje tak sampai kemana, akhirnya balik kampong menoreh getah.

Bagi memastikan opah mempunyai cukup dana untuk menyekolahkan anak anaknya yang 6 orang lelaki dan 2 orang perempuan, opah menetapkan anak lelaki yang pertama iaitu pakyang Ramli mencari kerja dengan cepat supaya duit gajinya opah boleh guna untuk perbelanjaan persekolahan adek adeknya. Dengan itu pakyang Ramli telah memohon kerja sebagai "ofice boy" di Sekolah Clifford tempat dia belajar dulu.

Maka bekerjalah pakyang Ramli sebagai peun dengan gaji RM45.00 sebulan dan dengan duit itulah opah gunakan untuk keperluan sekolah anak anaknya yang lain. Opah juga berjanji pada pakyang Ramli sekira adeknya paktak Zubairi dah bekerja segala tanggung jawab membawa balik wang tunai untuk keperluan persekolahan akan dipikul olah paktak Zubairi pula. Pakyang Ramli bolehlah simpan semua duit gajinya untuk kegunaannya sediri pula. Begitulah seterusnya, bila adek paktak ia itu pakde Noran pula mula bekerja, barulah paktak Zubairi berhenti memberi duit gajinya kepada opah dan tanggung jawab itu dipikul oleh pakde Noran, dan begitulah seterusnya sampai kepada pakteh Rani, pakcik Nazri dan last sekali paklop Mat.

Persekolahan paktak Zubairi taklah selancar sangat. Paktak gagal pepereksaan darjah 6 untuk menyambung persekolahan ke form 1,diSekolah Clifford, sekolah kerajaan.  Jadi terpaksalah opah menghantar paktak kesekolah sewasta yang berbayar ia itu Public School Kuala Kangsar. Dari Public School Kuala Kangsar, paktak berpinda kesekolah sewasta di Nibung Tebal. Sekolah tetap sekolah, sehingga wawasan opah berjaya iaitu nak anaknya menjadi cekgu. Satelah lulus Lower Cirtificate of Education (LCE) paktak pun memohon untuk mengikuti latehan perguruan di Day Training Center, (DTC) dan diterima masuk dan akhirnya jadilah cekgu. Opah  sangatlah sukahatinya kerana wawasan nya supaya anaknya menyambung cita citanya untuk menjadi guru tercapai jua dengan izin Allah. Walaubagaimanapun cita cita dan wawasan opah bukan berhenti di takat itu sahaje, dia mahu anak anak yang lain pun menjadi cekgu juga.

No comments:

Post a Comment