Nama Opah adalah Hjh. Esah Binti Abu Kasim. Semasa hidupnya dia tinggal di Kampung Talang, Kuala Kangsar. Beliau adalah seorang ibu dan opah yang sangat teristemewa.
Beliau telah korbankan seluruh masa hidupnya untuk membesarkan lapan orang anak nya untuk menjadi manusia yang baik dan berguna kepada nusa dan bangsa. Walaupun opah dan atuk (suamainya) tiada pekerjaan tetap, hanya menanam padi dan mengambil upah menoreh getah orang, mereka telah mampu membesarkan anak-anak mereka saperti yang mereka harapkan.
Cara opah membesarkan kami, harapan dan wawasan nya serta falsafahnya mengenai masa depan dan pendidikan anak-anak sungguh menakjubkan. Banyak kata-kata hikmat dan pesanan telah dicurahkan kepada kami anak-anaknya yang kami pegang dan amalkan sehingga kini.
Walau kami anak penoreh getah dikampong, kami tidak sekali-kali dibawa menoreh getah sebab opah percaya kalau anak-anak dibawa menoreh getah bersama, nanti besarnya anak-anak ini akan jadi penoreh getah macamnya. Padanya penoreh getah macamnya tiada masa depan yang cerah dan boleh dibanggakan. Harapan opah ini telah tersemat dihati kami dan menjadi motivasi kepada kami untuk belajar bersungguh supaya lulus dan boleh cari kerja diluar kampung kami.
Begitu juga kerja-kerja disawah, kami tidak dikehendakki membantu mereka, kecuali dalam masa cuti panjang persekolahan. Memang seronok bekerja dan bermain lumpur dalam sawah, dan sebelum pulang kami akan mencuci diri diSungai Kangsar yang mengalir berhampiran dengan sawah kami.
Opah tidak mahu anak-anaknya kekal dikampong kerana dia tiada harta nak ditinggalkan kepada anak-anaknya. Hanya pelajaran yang diperolehi disekolah itulah harta peningalannya dan beliau berharap dengan harta itu anak-anaknya akan dapat mengubah nasib ketahap yang lebih baik lagi.
Pesan opah "selagi kamu mahu belajar.. pasal duit jangan risau, taulak aku mencarinya!" Padahal kami semua tau bahawa opah tidak ada duit sebanyak yang bdikehendaki.
Tetapi kami tau juga opah adalah orang yang kuat bekerja dan gigih membuat sesuatu yang dipercayainya. Beliau memang ada cara untuk mengumpulkan duit bagi kegunaan pelajaran anak-anaknya. Bukan untuk lain-lain kegunaan, walaupun untuk makan sekalipun.

No comments:
Post a Comment