Opah tidak mahu anak anak opah dimanjakan, dengan itu setiap anak anaknya diberi tugas yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, setiap hari tak kira panas atau hujan. Tugas tugas ini bagi melancarkan kerja kerja Opah yang sangat banyak dirumah untuk memastikan anak nya yang ramai itu terjaga dan terurus dengan baik.
Tugas membelah kayu api dari batang pokok getah yang telah siap dipotong untuk dijadikan kayu api , bagi tujuan memasak didapur kayu, diberikan kepada Pakde Noran. Batang pokok getah tua itu selalunya dibeli dari Benggali kereta lembu dan Benggali itu menghantar batang batang kayu yang siap dipotong satu kereta lembu penuh dan diturunkan di tepi rumah. Tugas Pakde Noranlah membelah batang kayu tersebut dengan kapak. Kadang kadang bila perlu adek adek yang lainpun ada menolong.
Tugas mengangkat air yang ditapis dengan berseh dari telaga yang ada disebelah rumah untuk di isi kedalam tempayan didapur, di atas rumah, diberikan kepada Pakteh Rani. Untuk memenuhi semua 5 tempayan yang besar besar itu, Pakteh terpaksa berulang alek dari atas dapur ke telaga dan kedapur semula beberapa kali. Pakteh terpaksa mencedok air dalam perigi dengan mengguna timba yang diikat dengan tali dan airnya dituangkan kedalam tempayan penapis yang berisi batu kecil dan pasir dan air yang bersih itu ditadah dibawahnya dengan baldi lain untuk diangkat kedapur.
Pakcik Nazri diberi tugas agak rengan iaitu menutup semua tingkap dan pintu sebelum senja iaitu sebelum nyamuk terbang masuk kerumah dari tingkap sekira ianya maseh terbuka. Rumah Opah yang diperbuat dari papan itu memang mempunyai banyak tingkap. Jadi membuka dan menutupnya setiap hari merupakan satu tugas yang penting juga. Disamping membuka dan menutup tingkap, Pakcik juga ditugaskan menyapu sampah dibawah rumah dan dihalaman rumah. Memang halaman rumah Opah hanya tanah dan pasir dan tiada berumput. Pokok kayu yang banyak disekeliling rumah, membuat halaman rumah Opah cepat dipenuhi sampah dan nampak tak berseh disebabkan daun daun kayu kering yang terjatuh dari pokok pokok tersebut satelah ditiup angin. Dengan itu kerja menyapu perlu dilakukan setiap hari.
Semua tugas ini hanya boleh dimulakan selepas jam 6.00 petang, iaitu selepas masa yang diperuntukkan untuk belajar atau menyiapkan segala kerja rumah yang diberi oleh guru masing masing..Sebelum jam 6.00 petang tak seorangpun dibenarkan turun dari rumah walaupun kawan kawan dah berada dibawah rumah dan memanggil manggil mengajak bermain bersama. Permainan yang paling popular masa itu adalah, main bola yang diperbuat dari getah sekerap yang dililit dengan tali getah yang diambil dari pokok getah yang telah ditoreh. Tiang rumah dan selipar menjadi tiang gol. Bermainlah dengan apa cara sekalipun samaada berkaki ayam, berselipar atau berkasut, hanya memakai kain pelekat atau berseluar , bertolak tolak, bertarik tarik, riuh rendah menjerit jerit, tak kesah sebab tak ada peraturan dan pengadil yang khusus, asal boleh enjoy dan berseronok OK lah.
Tugas diatas adalah tambahan daripada tugas dan tanggung jawab secara bersama untuk memelihara dan menjaga kambing, ayam dan itek. Kadang kadang itek yang dipelihara sehingga lebih 200 ekor. Perlu dipelihara dengan baik supaya tidak mati atau diserang binatang buas. Anak anak itek yang berumur beberapa hari, dibagi makan dengan sekam padi, hampas kelapa, isi batang rembia yang dicincang halus, batang dan daun paku rawan yang dikerat halus, dan digaul semuanya dalam besin, dan diletakkan kedalam kandang itek setiap hari. Memang itek itek itu kuat makan dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan makanan dengan banyak, hingga itek itek itu menjadi itek yang besar, gemuk dan berat supaya mendapat untung lebih bila dijual. Lagi besar itek itek itu lagi banyak ia makan dan selalu dijual bila itek itek itu meningkat dewasa iaitu peringkat itek dara.
Bila musim menuai padi dah siap itek itek ini selalu dilepaskan kedalam bendang supaya mereka kutip dan makan buah buah padi yang terjatuh dan tertinggal didalam bendang. Tapi ada sedikit masaalah apabila nak memasukkan itek itek ini kedalam reban bila hari dah petang. Kadang kadang semasa didalam bendang itek itek ini senang diserang binatang buas saperti anjing liar dan musang. Menjadi tugas kamilah untuk memastikan itek itek ini terselamat dan dibawa balik dan dimasukkan kedalam reban bila hari dah petang.